Monday, May 17, 2010

10 WASIAT HASSAN AL BANNA

1. Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walaubagaimanapun keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana ia merupakan satu syiar Islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan mendatangkan kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Sama-sama lah kita beramal...

1 comment:

  1. kak huda...lawatlah blog azai...http://hambapadapencipta.blogspot.com

    ReplyDelete