Wednesday, July 14, 2010

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

artikel asal - dr iluvislam

Hampir seminggu..

salam semua..
hmpir smggu sy brda di uniSZA. dulu dikenali dgn UDM...
saat ini hati sy hdr sesuatu yg sy sndri tak dpt nk mengungkp nya..
rindukan mak ayah dn keluarga sntiasa ada jauh di hati sy..smlm sy kol ayah, ayah kata mak kurang sht.demam..risau sy akan kshtn mak..ape yg mmpu mdoakn mak sntiasa sht dn cpt smbh..ms kol ayh smpt sy dgr suara daniel haikal..bdk yg mak sy jg..rndu sy pd dia..sy da anggp dia mcm anak sy sndri..dia rapt dgn sy..mdgr suara nya yg msh blm jelas, mengubt krnduan sy pd dia..
KIni sy sdh brda di semester 3.Sem ni, sy mengmbil 18jam krdit..sbjk struktur data,teori sains komputer,Sadam, hbgn etnik,etika perncgn strategik dn komunikasi(sbjk sem 5) dn topik2 khas(sbjk sem 7)dn stu sbjk tmbhn kokurikulum 1.alhamdulilla sy dpt trnfr sbjk database dn sbjk statistik sy sdh ambil ms sem 1..sgala nya br lg..apa yg sy pasti sem ini jgk akan sibuk sprti 2 sem yg lps..dn mgkn lbh sbk..
Hari ni kami ada pjmpaan bersama teman2 kelas..bagaikan mjd adat apabila junior msk senior2 sem 3 akan diberi tggungjwb utk mengadakan majlis silaturahim bg sarjana muda sains komputer(pembangunan perisian).majlis ini di ketuai oleh ketua kelas kami yg br..Azali nama nya..dn pmbntunya adlh siti..Alhamdulilla msg2 mberi komitmen yg sgt baik..semua bersemgt..pertama kali kami jln kan prgrm besr ini.. kami hrpkan sgalanya berjln dgn lncr.. sgalanya hanya pd allah..
smpai dsini dlu catatan sy..andai di izinkan Allah sy akan trs berkgsi pd teman2 yg lain..Buat teman2 ku moga kita sma2 diberi hdyh dn ptnjuk dr Allah SWT..untuk mperbaiki kelemahan dn kekrgn kita..sm2 la kita ingt mengingati antara stu sma lain..Khas buat Azai(bekas rumet ku dahulu) moga drimu tbh hdpi apa jua ujian dr allah..akak sntiasa mdoakan agar Azai berjya di dunia dn akhirat.akak sntiasa ada bersama azai..Kalo azai ada ksmptn dtg la bilik akak..blk akak sntiasa terbuka akan khdrn azai pd bila2 ms..trima ksh byk2 azai atas sgala nsht dn tgrn azai pd akak selama nie..akak syg kn azai krn Allah..akak rndu kan azai..doakan utk akak ye..jg dri dn iman..
wsalam...

Friday, July 9, 2010

Dengan izin dr_NYA

salam semua...
alhamdulilla, dgn izin allah sy dn adik brdk yg lain selamt smpai kat k.trngganu...
da lama xdtg...2bln tggl kan trngganu..trasa nikmat nye yg allah kurniakan dlm hati sy stlh kereta yg dpndu abg melalui kemaman...melht suasana yg da lama sy tak lihat...dn ssh sgt nk tgk keadaan itu di selgr @ KL...sgalanya adalah kebesaran Allah...
Kami di uji dgn allah yang menurun kan hujan rahmat pd pg jumaat yang indah ini ketika melalui maran..Abg terpaksa mperlahankan kereta krn hujan agak lbt dn kabus tebal...
penglihatan abg krg jelas..hati ku risau..namun hati ku tak henti2 berdoa pd allah spy allah slmtkan perjlnan kami...Alhamdulilla dlm 10 lbh pg td kami selmt smpai d kuala terngganu...kami trs ke rumah kak muni utk mengmbil brg sy, yg sy tggl kan pdnya semasa cti semester lalu..alhamdulilla.. allah memberi rezeki kpd sy adik bradik...kami di jamukan dgn hidgn kuih muih yang dibuat sndri oleh keluarga kak muni.dn pd tgh ari pula kami di hdgkan dgn makn tgh ari.subahanallah bgtu byk skali hdgn yg dsediakan..dn sggh sdp.tringt sy pd mak d kg.walaupn blm smpai shari sy tggl kan mak dn ayah sdh trasa dhati krnduan..risaukan akan keadaan dn kshtn mak dn ayah.sgala nya sy berserah pd allah..mak dn ayh walaupn ank mu kini jauh ttp jauh dsdt hati ini akan tersmpn stu prsaan rndu pd mu..dn ape yg termmpu dilakukan hanya lah mendoakan agar mak dn ayah sht dn dipelihara olh allah swt.. sy sggh terharu rs nya...br sj mengenali k.muni sekeluarga sggh baik layanan yg dbrikan...trima kasih k.muni sekeluarga..hanya allah shj yang mmpu mbls jasa k.muni sekeluarga..moga allah memurahkan lagi rezeki k.muni sekeluarga...Kini kami brda d hotel berdekatan dgn masjid putih..hanya sy sj yg blm tdo...yg lain semua nya da kepenatan...trima kash sgalanya...hanya allah sj yg mmpu mbls jsa dn pengrbanan kamu semua..trima kasih ye...bsok sy akan blik ke u...utk proses pdftrn asrama...teman2 insyaallah kita akan jmpe lg.jg dri semua.byk2 kan ingt allah..salam..

Saturday, July 3, 2010

Ku pohon sgalanya hanya pd MU...

salam semua..
alhamdulilla sy sekeluarga sht walafiat..semkn cpt masa berlalu meninggalkan kita..
dn semkn hampir hari yang di jnjikan allah..tiada siapa yang mengetahui nye melainkan pencipta kita..segalanya sdh tertulis.takut rs nya..sdh ckp ke amalan ku selama ini..
Hari ini sy tlh menemani emak ke KL..skdr mbeli keperluan yang perlu sblm sy blik ke u mggu dpn..bila di ingtkan kembali saat keluar td bermcm perasaan yg sy rs..tkt,sdh, pent dan gmbra..ape yang sy mksd kan takut itu adalah krn takt akn dri sy sendri..takt akan sesuatu perasaan takbur dlm dri sy..apabila meliht wanita2 skrg..nauzubilla...minta djauhkan prasaan itu..dn palg sy taktkan adalah tkt berlaku zina hati dan zina mata..meliht psg2 yang mgkn blm berkahwin bermesra sesama sendiri..dn meliht lelaki yg sempurna dr paras rupa yg allah ciptakan..sgalanya rs tkt itu sentiasa ada dlm dri sy..krna tkt nya akan dosa yg sy lakukan..tnpa sy sdari..sgalanya hanya allah yg maha mengetahui akan perasaan sy..
seblik ketakutn yg hdr dlm dri sy, perasaan sdh hadir dikala sy ketakutan...
sdhnye akn cara berpakaian mereka..ad yg menutup aurat tp msh berpakaian ketat shgga menmpk kan tubh bdn mereka..hanya y sy mmpu berdoa pd allah moga mereka diberi hidayah dr allah dn dbri kesmptn utk berubh..
Dan perasaan gmbra bila dpt bersma menghbiskan ms berdua bersama mak..trasa rndu walaupun sy msh berada dirumah..namun ada sesuatu perasaan yg sy sendri tak taw hdr apabila sy brda di rumah..hati sy seakn2 tiada ape2 prsaan.mengapa bgtu..cb sy selami namun tidak berjaya..menangis sy tatkala menghdap dn mengadu pd Nya...krn y tkt sy smkn jauh dr allah...sy taw itu lah ujian wat sy utk sy sentiasa mengadu dn memohn ptnjk pd allah..
Ya allah...jgn kau biarkan hambamu ini sendrian..dn jgn biarkan driku jauh dr mu...
tkt ku pd azabmu..takutnya akan dosa yg terlalu byk yg telah aku lakukan..tnpa aku sedari atau tdk...berilah prtnjuk pd hambamu ini buat selama2 nya...ku mohon hanya pd mu...ampunilah sgala dosa ku, ibu bapa ku dn keluarga ku...sinarilah kami dgn nur kash mu berpnjgn...amin...buat semua maafkan sgala kslhn ku slama ini...jg dri kalian dn marilah kita sma2 menjga iman..
Salam...

Thursday, July 1, 2010

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.



Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].






Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com



[1] http://www.aipac.org/about_AIPAC/default.asp AIPAC achievements

[2] http://www.aipac.org/For_Students/index.asp AIPAC on Campus

[3] http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2558455

[4] http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2558455 AEPi and AIPAC.

[5] http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2247591 Alumni and parents.

[6] http://www.facebook.com/advertising/?src=pf Create your Facebook Ad

[7] http://e-commerce-marketing.suite101.com/article.cfm/pay_per_click_internet_advertising

[8] http://wiki.answers.com/Q/Difference_between_pay_per_click_and_pay_per_impression

[9] http://www.facebook.com/advertising/?src=pf Step 3: Campaigns and pricing.

[10] http://wiki.developers.facebook.com/index.php/Verification Verification Fee.

[11] http://www.facebook.com/press/info.php?statistics

[12]http://www.israelnewsagency.com/


[13] Surah Al-Mulk, ayat 19.