Saturday, April 24, 2010

Daniel....


salam..
hai semua..td sy dapt berita gembira..daniel budak yang sy jg 2 da pndai berjalan..seronok dgr.xsabar sy sy nak jumpe die nnti..xsbr sy nk bawk dia g jln2 dn bermain dgn dia.. msti bertambah byk kerenah die nnti.mkn nakal la...hehe.. seronok nye kalo dpt anak..insyaallah suatu ari nti dgn izin allah psti sy akan dapat permata sy sendiri..amin..k la..
salam

Friday, April 23, 2010

petunjukmu...

salam..
hai semua..
da lama tak update blog.mlm td je alhamdulilla da 3 paper selamt sy jawab.sgala nya sy berserah pd allah.moga allah dpt mbntu sy dpt result yang bsbnrnye xdpt skang...td br lps wat final projek c.xdpt wat g.bila la dpt siapkan.mm..
skang nie sy tgh dgr lagu nasyid.tenang skt rs ati nie..
Ya allah...knp di kau takdirkan aku bertemu dgn nye..knp kau hadirkan kasih dn syg pd nya..knp ya allah..tak kuat rs nye utk aku trskan bile dugaan dtg pd ku..tiada tmpt utk ku mengadu..slain pdmu..berilah petunjuk pdku..

Friday, April 2, 2010

Kesayangku...

Salam semua..
sy harap teman2 semua dalam keadaan sihat walafiat...
alhamdulilla, bersyukur kehadrat ilahi kerana dgn izin nya sy semakin pulih dr sakit.segalanya ujian dr allah.Moga sy tabah dn smkn tabah serta redha dlm mhdpi dugaan dr allah s.w.t.
Tika saat ini, hati sy seakan-akan rndu kan kucing sy yang da xde.Mengalir air mata sy setiap kali mengingati dri nya..kenangan bersama nya..Walaupun ia hanya seekor kucing..yang tidak dikurniakan allah akal fizikal seperti manusia..Namun, sy terasa senang tika saat ia masih hidup. Seolah2 ianya seperti manusia yang memahami sy, mengerti akan dri sy, ape jua dikongsi.walaupun kesedihan sy. Dan Allah mberikan kami stu interaksi yg sgt baik antara manusia dn haiwan.
Terkenag kembali saat pertama kali bersamanya sewaktu dia masih kecil.Ibu nya tidak ingin menyusukan nya malah mbiarkan sj dia bersama adik2 yg lain.Kesiannye dia...Bagaimana pd bayi manusia yang dibiarkan merata2 dn dibuang.subahanallah...sedih rsnye.. Kucing itu diserahkan kpd sy sekeluarga.kami sekeluarga mjgnye..2 ekor kucing.Kami mbrinya makn n minum. Namun hayat seekor kucing yg kami berikan nama putih mati pd bln puasa.sggh sedih rsnye.dn kucing ku jg tinggal seekor.nine nama nye..mcm sebutan no 9..tp sebut dgn b.melayu..nine..sggh comel kucing tu.dia membesar dlm jgaan sy sekeluarga.Kami sekeluarga gmbira dn seronk melihat telatahnya.sgguh lincah.Namun, hayat nya tidak pjg..dia sdh mati.saat dia mati sy tiada dirumah kerana berada di asrama.sedihnye , mengalir airmata sy tatkala mengetahui berita kematian nye dr emak sy..hati sy jd syu. dia mati akbat bisa ular.mak cerita, saat sebelum dia mati, dia balik ke rumah ingn meminta bntuan dr keluarga sy.Namun,tidak sempt. Dia mati sebelm mak sempt mbwa nye ke klinik. Kami sekelurga terasa kehilangan nye walaupun ianya hanya seekor kucing.Emak sy smpai xsggp nak jemur kain krn setiap kali mak sy nk jemur kain mak dia akan bersam dgn mak.menemani mak.. Akak sy pulak, dia xsggp nk lipat kain, krn kebiasaan nye kucing tu akan datg mengacau akak sy melipat bj.tp skang tidak lg. dan sy...skan sentiasa mengingati dn sentias akan mengalir air mata sy setiap kali teringat kan dia...kerana dia begitu manja dgn sy..tidur bersama, sy akan bg dia mkn,mandikan dia, beri dia mkn ubat anti kuman, bw dia ke klinik, bermain bersamanya..Dia seekor kucing yg memahami sy.Tatkala sy hndak solat dia pasti akan baring di sejadah. Tatkala sy berdoa sy rs kn pndgn nye pd sy. seolah2 cb mendgr rayuan sy . tatkala sy mengaji dia akan menunggu sy walaupun dia sdg lapar. Tatkala sy balik dr mane2 dia pasti akan tggu sy. Dn tatkala sy bersedih sy pasti akan membelai bulunya.Dia hanya seekor kucing..namun sy sgt gmbra dn tenang bersamanya.Biar ape org nak kata ttg sy.Hanya Allah y maha mengetahui akan dri sy.Sy th dia tntu tgh gmbra di sana.Sy harap sy dpt berjumpa dgn dia dn kucing2 sy yg lain bila tiba msnya dn dgn izin dr allah...
Sekian, salam

..::10 amalan terbaik tapi terbalik::..

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan
menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan
dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut
dilakukan dan dituntut oleh
Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah
dilalaikan atau terikut-ikut
dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa
yang dipaparkan dibawah
sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang
dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama,
kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang oleh
Rasulullah di mana
Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga
memasak makanan untuk keluarga
simati untuk meringankan kesusahan dan
kesedihan mereka. Keluarga tersebut
telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk
mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makan kenduri
tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan
harta anak yatim yang
ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan
simati yang belum
dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri
kahwin) orang kerap
Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi
semasa bersalam). Kalau
tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka
segan ia nak pergi makan
kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati,
tidak segan pula
Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnyakalau
menziarah keluarga si matilah
kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa
kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan
bukan untuk ia menambah
pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita
berpakaian cantik kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di
rumah maupun di masjid,
pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak
berbaju. Tidakkah ini suatu
perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di
beri jamuan, kita rasa segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan
kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan
dihabiskan apa yang dihidang
supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak
membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi
kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat
banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk
mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu
termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku
bahawa dalam carta perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati
perbelanjaan di bulan puasa
adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan
sepatutnya perbelanjaan di
bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik
amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang
akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari
Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya
ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana
nak bermusafir, maka dibuat
kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita
mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak
mereka gagal dalam periksa.
Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun
banyak belanjanya. Tapi kalau
anak tak boleh baca Quran atau solat, tak
bimbang pula bahkan tak mahu
hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas
mempelajari Islam. Kalau guru
tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu
pelajaran 8 kali hadir tapi
kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00
sebulan 20 kali hadir belajar pun
menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan
kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran
atau bersolat dari tidak
lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira
siang malam, pagi petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi
kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak
hujan, tak panas, tak
ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak
malu manusia begini,
rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan
dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada
dengan suami atau tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di
rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias
untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang
terbalik ini membuatkan
rumahtangga kurang bahagia.

8 Perkara 8 amalan

Seorang sahabat berkata :
SIAPA YANG TIDAK SANGGUP MENGERJAKAN YANG LAPAN , MAKA HENDALAH DIA BERBUAT LAPAN MACAM PERKARA BAGI MENCAPAI PAHALA YANG LAPAN:-

1) SIAPA YANG HENDAK PAHALA SEMBANYANG MALAM SEDANGKAN DIA KETIDURAN MAKA JANGAN NERBUAT MAKSIAT PADA SIANG HARINYA.

2) SIAPA YANG HENDAK PAHALA PUASA SUNAT, MAKA HENDAKLAH DIA MENJAGA LIDAHNYA.

3) SIAPA YANG HENDAK KELEBIHAN ULAMAK, MAKA HENDAKLAH DIA SUKA BERFIKIR YANG BAIK,

4) SIAPA YANG HENDAK PAHALA JIHAT MAKA HENDAKLAH DIA DUDUK DIRUMAHNYA,

5) SIAPA YANG INGIN PAHALA SEDEKAH SEDANGKAN DIA TIADA HARTA HENDAKLAH DIA MENGAJAR ILMU AGAMA YANG TELAH DIDENGARI,

6) SIAPA YANG HENDAK PAHALA HAJI SEDANGKAN DIA TIADA KEMAMPUAN MAKA HENDAKLAH DIA MENGERJAKAN SEMBAHYANG JAMAAH,

7) SIAPA YANG HENDAK MENCAPAI FADHILAT ORANG BERIBADAT MAKA JAUHILAH PERSENGKETAAN DAN JANGAN MENIMBULKAN SENGKETA,

8) SIAPA YANG HENDAK PAHALA ORANG-ORANG ABDAAL MAKA HENDAKLAH BELIAU REDO DENGAN APA YANG MENIMPA DIRINYA.

MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT MUNAFAAT

PETIKAN MAJALAH HIDAYAH... .

CeRiA SenTiasa..., SenYuMan BerKat...
kiriman dari seorang sahabat...

7 perkara ganjil

Salam semua…
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf ata perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

PERTAMA :
"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

KEDUA :
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka
sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

KETIGA :
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja.
Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

KEEMPAT :
"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

KELIMA :
" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

KEENAM :
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

KETUJUH :
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

4 PERKARA YANG PENTING


1. 4 yang lebih baik dari 4


i. Rasa malu pada kaum lelaki adalah baik akan tetapi malu kepadakaum
wanita adalah lebih baik.
ii. Sikap adil bagi setiap orang adalah baik, akan tetapi sikap adil
bagi pemimpin adalah lebih baik.
iii. Taubat orang yang sudah tua adalah baik. Akan tetapi taubat orang
yang masih muda adalah lebih baik.
iv. Mempunyai sifat dermawan bagi orang yang kaya adalah baik, akan
tetapi dermawan bagi yang fakir adalah lebih baik.


2. Empat yang lebih buruk dari empat.



i. Dosa bagi yang yang masih muda adalah buruk, akan tetapi dosa bagi
sudah tua lebih buruk.
ii. Sibuk bagi orang bodoh dengan dunia adalah buruk, akan tetapi sibuk
seorang ulama dengan dunia adalah lebih buruk.
v. Malas untuk melakukan ketaatan bagi semua orang adalah buruk, akan
tetapi malas bagi seorang ulama melakukan ketaatan adalah lebih buruk.
vi. Sombong bagi golongan yang kaya adalah buruk, akan tetapi sombong
bagi golongan yang miskin adalah lebih buruk.



3. Empat perkara yang akan menjadi sempurna kerana Empat perkara.


i. Sempurnanya solat dengan dua sujud sahwi,
ii. Sempurnanya puasa dengan zakat fitrah,
iii. Sempurnanya haji dengan fidyah dan
iv. Sempurnanya iman dan fisalbilillah.


4. Empat macam lautan


i. Lautan hawa adalah lautan dosa. Hawa adalah condong untuk berbuat
dosa.
ii. Lautan nafsu adalah lautan keinginan dan kelazatan. Nafsu adalah
condong memenuhi segala keinginan syahwat yang berakhir dengan kemaksiatan.
iii. Lautan maut adalah lautan umur. Maut adalah tempat berakhirnya
umur.
iv. Lautan kubur adalah lautan kesedihan. Kubur adalah satu tempat
kesedihan, disana kita akan mengalami satu alam yang disebut alam barzakh sementara menunggu hari kiamat

4 Perkara sebelum tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

Aisyah yang tercengang lantas bertanya:
“Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari Qiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan, perbanyakkanlah bertasbih (subhanallah), bertahmid (alhamdulillah), bertahlil (lailahaillallah), dan bertakbir (Allahuakbar) maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Musolla Thoriq Ibn Ziad