Thursday, May 27, 2010

Siapalah aku...

salam semua...
hari nie xtaw nk post ape...tp ade sesuatu di dlm hati sy yg ingn sy luahkan...mgkn xkn ade yg akan faham ape yg sy rs kn kini melainkan allah s.w.t.Saat ini, prsaan sy sdh xmmpu utk dbndg lg...namun, ttp sy pertahan kan dr trs lju mengalir...nnti mak @ayah tgk..diorg risau pulak..biar lah sy je yg memendam rs..jgn menangis wahai dri....wahai emak n ayah..ingin rs nye aku pergi dri mu...krn xmmpu utk ku tunjukan ksdhn dlm dri ini krn org lain..anak mu cb utk lepaskan sgalanya...namun aku xmmpu utk crita kan pd mu...ku rs kan blm ms nye...dn aku malu pd drimu...maafkan aku wahai ibuku krn xmmpu utk mcerita kan pd mu...tatkala aku mmbca brita itu hati ku jd sayu...siapakah aku sbnrnye pd drinya...itulah persoalan yg bermain d fikiran ku..mgkn akan ade yg dpt mbaca ape yg sdg aku ingin kgsikan ini..namun xtermmpu utk ku luahkan nye...
Ya tuhan ku...berilah hambamu ini petunjuk jln yg bnr...jgn biarkan aku mgapai ape yg aku sndri tidak pasti..brilah aku kptsn yg terbaik...amin...
smpai cni dlu...xmmpu utk luahkan lg...maaf semua.....
salam....

Monday, May 24, 2010

Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Mulk

salam semua...

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Subahaallah...
ssgh besar kelebhn kalo kita mengamalkan surah al mulk. mari lah kita sama2 mengamalkan membaca nye...insyaallah kita akan mdpt ptlgn dr Allah s.w.t spt yg di jnjikan...

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

salam semua...

Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : “Adakah kamu Al-Qur'an?”. Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

sm2 lah kite mengamalkan membaca al-quran walaupun satu ayat...

credit ~ Atikullah bin Salleh pada 12:12 PM
muzakarah

Kewajipan Mandi Wajib...

Salam semua...

Hari ni sy nak kgsi kan bersam dengan pembaca ttg suatu kisah pd zaman dahulu...
Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkembumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali.Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.Apabila sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang
itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata
yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya. Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali
satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama- sama binatang misteri itu. Setelah siap di gali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila di dapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki tiu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.
Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tahah perkuburan itu.
Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada
perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya? Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan 'mandi hadas' setiap kali selepas melakukan persetubuhan.
Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/Besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka.
Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tetapi ketahuilah azabnya tidak kurang pedih dan kalau hendak merasa...
sila-silakanlah..

salam.

Monday, May 17, 2010

10 WASIAT HASSAN AL BANNA

1. Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walaubagaimanapun keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana ia merupakan satu syiar Islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan mendatangkan kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Sama-sama lah kita beramal...

10 Jenis Solat

10 Jenis sembahyang Yang tidak diterima Allah S.W.T

"Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya". Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: " 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah :

1. Orang lelaki yang solat sendiri tanpa membaca sesuatu
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat)
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat
9. Orang yang suka makan riba
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Saidina Ali pernah menasihati Asha’ah bin Qais dengan katanya:
“Jika kamu bersabar (terhadap musibah yang menimpa dirimu) ketentuan Allah tetap berjalan dan kamu akan diberi pahala. Sebaliknya jika kamu merasa gelisah (terhadap musibah tersebut) ketentuan Allah tetap berlaku sedangkan kamu akan menanggung dosa.”

Thursday, May 13, 2010

I'tiraf

Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu



Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Monday, May 10, 2010

Sendirian...


salam semua.
hari nie br trasa nk update blog...
skang sy kat umah.sdh seminggu di rumah..
bermcm perasaan da rs..ari nie ati ku di uji kmbali..
ya allah..hanya drimu shj yg mengetahui ape yg sdg ku rskn..
kuatkan lah ati hamba mu ini..dn berilah petunjuk kpd hamba mu.
tiada yg lbh mengetahui slain dr mu ya allah..amin...
sy trasa ingin bersendiri.tak th kmana mahu pergi..
tak sggp rsnya brada drumah..tak sggp rs nye mbiarkan keluarga sy
merasai ape yang sdg sy rskn dn sembunyikan dr mereka ttg perasaan ini..
Namun kesian bile melihat air muka mak dn ayah...
akan sy kuatkan langkah ini shgga akhir hayat...
salam...