Saturday, June 26, 2010

Keinginanku...

salam semua..
alhamdulilla..dgn izin allah kshtan sy sht walaupn kdg2 sy di uji dgn ujian skt dr allah..moga sy tabh utk hdpinya..amin..namun kshtn emak dan ayah membuatkan sy risau..lg2 saat bgini..saat kepulgn sy ke u..ini lah dgaan nye..ape yang sy termmpu mjg dan mendoakan kshtan mereka..
mmm...mmpukah sy utk meneruskan hdp ini..walau ape pn sy ttp akan berthn.hanya tuhan yang lbh mengetahui ape yg sdg sy ingn kan dlm hdp ini..ya allah brilah aku kekuatan dan brilah ksmptn buat ku utk sgala2 nye...ape yg ingn ku hajati..hanya pdmu temptku mengadu..
ape yg harus sy lakukan..mbiarkan sj atau mbntu keluarga sy..sgalanya dgn izan tuhan..
kerna hanya DIAlah yg maha mengetahui akan keinginan sy terhdp keluarga dn hajat sy..sy yakin perkara yang baik pasti tuhan akan membantu sy..insyaallah..
Wahai teman2 dn shbtku...trima ksh atas sgalanya..dn maafkan sgala kslpn ku..
wsalam..

Memahami Musibah Daripada Persepsi Positif



Hidup kita di muka bumi ini sering dilanda ujian, dugaan dan musibah. Selalu kita dengar nasihat daripada teman-teman dan sesiapa jua yang menggalakkan kita bersabar, seperti ungkapan ini :
“ Bersabarlah, ini ujian daripada Allah, ada hikmah di sebaliknya... "

Bagaimanakah biasanya penerimaan kita tatkala mendengar ungkapan ini?
Apakah reaksi kita sendiri apabila kita ditimpa musibah dan ujian?
Rata-rata masyarakat sekarang, samada yang memberikan nasihat atau yang menerima nasihat, tidak memahami konsep ungkapan tersebut daripada perspektif yang positif. Malah ada yang memandang negatif atau pun meluat apabila dinasihati supaya bersabar denganmusibah yang melanda. Secara tak langsung, kita sebenarnya menyalahkan takdir ataupun lebih tepat lagi telah bersangka buruk dengan Allah.

Hikmah apa?
Apa hikmahnya?
Nak bersabar macamana lagi?
Aku dah tak ada kesabaran lagi dalam diri aku ini!! Kenapa aku ditakdirkan untuk melalui perkara ini? Aku tak sanggup untuk menderita lagi dan seterusnya.

Firman Allah dalam Hadis Qudsi :
Barang siapa yang bersangka buruk pada-Ku, nescaya Aku akan mengikuti sangkaan-sangkaan buruk hamba-Ku itu.

Mengapakah Allah amat melarang kita daripada bersangka buruk (negative thinking) pada-Nya dalam apa keadaan sekalipun? Walaupun sedang ditimpa musibah?

APAKAH ITU MUSIBAH

Musibah berasal daripada kata ashaaba, yushiibu, mushiibatan yang bererti segala yang menimpa pada sesuatu perkara berupa baik kesenangan mahu pun kesusahan.

Namun, umumnya difahami musibah selalu diidentitikan sebagai kesusahan. Padahal, kesenangan yang dirasakan pada hakikatnya musibah juga. Dengan musibah, Allah hendak menguji sesiapa yang baik amalnya.

Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan. (Al-Kahfi: 7)

Ada tiga golongan manusia dalam menghadapi musibah :

a. Pertama adalah golongan yang menganggap bahawa musibah adalah sebagai hukuman dan azab kepadanya. Sehingga, dia selalu merasa sempit dada dan selalu mengeluh.

b. Kedua, golongan yang menilai bahawa musibah adalah penghapus dosa dan dia tidak pernah menyerahkan apa-apa hal yang menimpanya kecuali kepada Allah.

c. Ketiga, golongan yang meyakini bahawa musibah adalah ladang peningkatan iman dan takwa. Golongan yang seperti ini selalu tenang serta percaya bahawa musibah itu, Allah menghendaki pada kebaikan bagi dirinya.

Dalam Hukum Tarikan, kita telah mempelajari bahawa fikiran negatif akan menarik tenaga berfrekuensi negatif kepada kita, dengan bentuk cetusan minda yang kita pancarkan tadi. Firman Allah dalam Hadis Qudsi tadi telah membuktikan hukum ini. Tetapi bagaimanakah untuk tetap bersangka baik walaupun kita sedang mengalami satu situasi yang kita rasakan amat sulit untuk kita bersabar dan bersangka baik?

Disini, amat penting untuk kita memahami dari persepsi positif tentang sesuatu musibah yang melanda. Kita ambil contoh :

Senario pertama

Seorang lelaki yang mengalami sakit pada dadanya. Dia kemudiannya datang berjumpa doktor untuk meminta rawatan dan pertolongan. Setelah diperiksa, maka dia disahkan mengalami kerosakan pada jantung dan perlu dibedah. Ketika dibedah, doktor akan melakukan perkara-perkara yang kita nampak seperti kejam contohnya, membelah dada pesakit, darah yang memercik keluar, dan segalanya yang amat mengerikan.
Tetapi mengapa kita membenarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa marah pada doktor itu? Mengapa kita boleh bersabar menunggu hingga pembedahan selesai, sehingga luka-luka tersebut sembuh, dan akhirnya jantung pesakit itu berjaya diubati, malah pesakit itu berterima kasih pada doktor tersebut?
Ini adalah kerana kita faham, bahawa doktor tersebut bukan berlaku kejam atau sengaja hendak menyeksa pesakit tersebut. Sebaliknya doktor itu bertujuan untuk merawat dan menolong pesakit itu, tetapi terpaksa melalui proses pembedahan yang menyakitkan.

Senario kedua

Kereta anda telah cukup tempoh untuk digantikan timing belt. Anda ke bengkel kereta untuk menggantikan timing belt yang baru. Mekanik akan membuka dan membawa turun enjin kereta anda dan ketika ini kereta anda yang amat anda sayangi kelihatan tak ubah seperti himpunan besi buruk yang berselerak, ketika mekanik sedang melakukan proses memasangtiming belt itu. Tetapi anda tidak merasa marah atau runsing kerana anda tahu, selepas segalanya selesai, kereta anda akan kembali seperti keadaan asal. Anda juga sanggup menunggu kereta anda disiapkan dengan sabar. Semua ini adalah kerana anda memahami apa yang berlaku.

Cuba kita renungkan sejenak, dalam kehidupan kita , kebanyakan perkara atau benda yang ingin kita menambahbaik (upgrade) atau ingin dibaiki, pasti akan melalui proses yang membabitkan keadaan tidak selesa/berselerak/bersepah atau buruk, ketika proses upgradetadi dijalankan. Tidak kira apa jua senarionya, seperti membetulkan sistem paip di dalam rumah, membaik pulih jam tangan, rumah, komputer dan sebagainya. Tetapi apa yang kita tahu, sebaik sahaja proses membaik pulih ini selesai, segalanya akan menjadi lebih baik dan lebih produktif. Seperti komputer yang telah diupgradekan, ditukar RAM dan lain-lain, ianya akan berfungsi lebih laju dan efisien.

Maka begitu jugalah dengan sesuatu musibah yang melanda diri kita. Bukankan kita semua selalu mendengar dan bersetuju dengan ungkapan ini :

" Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia sendiri... "

Benar!
Allah hanya memberikan yang terbaik sahaja pada semua hamba-hamba-Nya. Maka cubalah kita ubah pandangan kita terhadap apa jua musibah yang melanda diri kita kepada 'proses pembaikan/perawatan' dari Allah supaya diri manusia itu bersedia untuk menerima kebaikan yang ingin diberikan Allah pada manusia itu, kerana, mungkin sekiranya tanpa melalui suatu proses pembaikan/perawatan hamba tersebut tidak dapat/tidak bersedia untuk menerima pemberian yang ingin diberikan kepadanya.
Maka kerana itulah, kita selalu mendengar ungkapan :

Apabila Allah ingin memberikan kebaikan pada hamba-hambanya, Dia akan mulakan dengan musibah.

Maka sekarang kita lebih nampak dan faham apakah sebenarnya musibah itu, dan faham apakah yang dimaksudkan dengan 'ada hikmah disebaliknya'.
Sebenarnya, apabila dilanda musibah, kita perlu memahami/ beranggapan bahawa apa yang kita doakan telah dimakbulkan Allah maka kerana itulah, proses pembaikan/rawatan ini melanda kita, kerana sesuatu yang kita doakan/hajatkan selama ini telah dimakbulkan. Bukan sahaja dalam kes penyakit, musibah boleh juga dalam bentuk kegawatan ekonomi, masalah rumahtangga, masalah anak-anak, kerjaya dan sebagainya. Selidikilah dan renung-renungkanlah, apakah yang kita pernah doakan dan apakah sebenarnya sedang kita lalui dalam apa jua masalah hidup yang melanda kita.

Seperti diterangkan pula dalam hadis sahabat Abu Hurairah bahwa Nabi S.A.W bersabda :
“ Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa-dosanya. ”
(HR Bukhari dan Muslim).

Sahabat Ibnu Mas’ud juga meriwayatkan dari hadis lain, ia menyebut :
“ Bahawasanya tiada seorang muslim pun yang tertimpa kerosakan dan penyakit, atau bencana yang lebih ringan lagi, kecuali Allah Ta’ala akan menggugurkan dosa dosanya, bagaikan gugurnya daun dari dahan pohon. ”

Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah ra. meriwayatkan pula sabda junjungan Rasulullah S.A.W :
“ Barangsiapa diuji dengan beberapa kesulitan, dan ia dapat mengatasi kesulitan itu dengan ketabahan dan menerimanya dengan ikhlas, tertulis baginya di sisi Allah dengan darjat yang mulia dan dihapus dosa dosanya. ”

Seorang muslim yang soleh tidak boleh mengira dan berprasangka bahwa Allah tidak memperhatikan lagi dirinya. Ini adalah su'uldzon dan pandangan yang negatif dan dangkal. Seorang muslim memandang Allah tidak semata mata daripada segi pemberian Allah yang jelas dan dirasakan daripada sisi material semata-mata, akan tetapi ia harus melihat pemberian Allah dari sisi yang lain yang tidak dapat dilihat dan dinyatakan dengan mata kepala.

Seorang hamba hendaklah dapat merasakan pemberian Allah sebagai anugerah, maka ia pun harus dapat merasakan ujian dari Allah itu juga suatu anugerah kasih sayang daripada Allah SWT. Hikmahnya seorang hamba dalam keadaan kesusahan, atau sedang tertimpa bencana, ia akan bertambah dekat kepada Allah Swt. Dengan dekatnya si hamba kepada-Nya, maka akan berlimpahlah kasih sayang kepada si hamba. Itulah anugerah yang tidak ada taranya. Orang yang keimanannya tebal, akan menerima setiap bencana, selain sebagai ujian atas keimanan, termasuk Allah menunjukkan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada si hamba, sebagai bukti Allah adalah Rabbun (pengasuh, pendidik) bagi alam semesta dan seluruh makhluk-Nya.

Nabi Muhammad Saw dalam hal ini bersabda,
“ Allah Ta’ala menguji seorang hamba dengan bencana. Apabila si hamba sabar menerima, maka ia termasuk pilihan. Apabila ia reda menerima, maka ia termasuk orang istimewa.”

Antara tindakan yang boleh kita lakukan setiap kali merasakan kita dilanda musibah.

1. Kita diajarkan untuk mengucapkan kalimah : Innalillahiwainnailaihirrojiuun (dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali)
Ucapkanlah, dan berdoalah semoga musibah itu sebentar sahaja dan berdoa memohon kekuatan dalam menghadapinya. Ini diajarkan sendiri oleh Allah kepada kita. Mengapa kita tidak mahu mengamalkannya? Sama seperti amalan membaca Bismillah sebelum makan.

2. Rasulullah S.A.W bersabda :
" Berselawatlah padaku di permulaan musibah itu adalah sangat baik sekira kamu mengetahui. "

Rasulullah menyarankan supaya berselawat padanya ketika saat permulaan mengalami apa jua musibah/masalah. Berselawat keatas Nabi adalah bermaksud mendoakan kesejahteraan Nabi seperti : Allahumma solli ala saidina muhammadinnabiyyil umiyyi

Mengapakah mendoakan kesejahteraan Nabi, sedangkan kita yang dilanda masalah? Ramai yang tidak menyedari akan khasiat daripada mendoakan Nabi S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W :
" Sesiapa yang berselawat kepadaku (mendoakan kesejahteraanku) sekali (1 kali), maka Allah akan memberikan kesejahteraaan kepada sesiapa yang berselawat tadi sebanyak sepuluh (10) kali. "
Lihatlah betapa besarnya fadhilat berselawat ini. Nabi S.A.W adalah kekasih Allah, diturunkan ke bumi ini sebagai Rahmatallilalamin (rahmat buat sekalian alam). Maka mendoakan untuk orang sangat dikasihi Allah, Allah akan membalas sepuluh kali ganda pada orang berdoa tadi. Maka selalulah kita berselawat dengan ikhlas, tidak kira di waktu senang atau pun susah. Tidak perlu tunggu hingga menerima musibah untuk berselawat.

3. Bersangka baik dengan Allah (Husnuldzon/Positive Thinking) kepada Allah.
Kenalilah Allah yang kita sembah itu dengan persepsi yang betul dan benar dengan mempelajari dan menghayati sifat-sifat-Nya yang telah diajarkan kepada manusia. Juga dari 99 nama Allah, kita dapat belajar sifat Allah.
Sekiranya kita melihat seorang gadis yang cantik rupawan, acapkali kita terpanggil untuk melihat gadis itu sekali lagi, kerana apa? Kita terpegun dengan kejelitaan wajah gadis itu. Maka cuba kita fahami bahawa Yang Menciptakan gadis tersebut tentulah lebih indah, lebih cantik, sepertimana yang diriwayat bahawa di dalam syurga kelak, apabila Allah membuka hijab-Nya kepada manusia, para ahli syurga akan terpegun dan ternganga melihat kecantikan dan keindahan Allah hingga tidak berkata apa-apa selama 40 tahun.
Ini baru sifat-Nya yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Bagaimana dengan sifat-sifat-Nya yang lain seperti Maha Pengasih, Maha Penyayang?

Allah memberitahu kita, Dia amat menyayangi hamba-hamba-Nya melebihi seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya. Bolehkah kita fahami betapa besarnya kasih sayang yang sebegini rupa? Maka wajarkah kita mengatakan Allah itu tidak adil? Pilih kasih? Kejam dan sebagainya yang hanya merupakan sangkaan buruk yang tidak benar?

Ubahlah persepsi kita pada Allah mulai sekarang, semoga Allah memberikan hidayah dan rahmat-Nya pada kita semua, semoga kita semua sentiasa dilindungi-Nya daripada persepsi yang salah dan memudaratkan diri kita sendiri.

Artikel dr www.iluvislam.com

Thursday, June 24, 2010

Mengendali Hawa Nafsu

Imam Al-Ghazali dalam bukunya Tentang Mengendalikan Hawa Nafsu menguraikan tentang pengendalian hawa nafsu ini.

Nafsu dibagi menjadi empat bahagian, iaitu
1.keserakahan nafsu terhadap harta benda.
2.nafsu amarah akan membakar dan membutakan hati,
3. kesenangan duniawi mendorong nafsu
4. nafsu syahwat.

1. Imam Al-Ghazali mengajak orang yang sudah kaya mensyukuri kekayaannya. Jika engkau menjadi orang kaya, maka syukurilah. Jika dirimu berkedudukan, manfaatkanlah kekuasaan dan kedudukanmu untuk memakmurkan rakyat. Jangan sekali-kali memanfaatkan kuasa untuk mengumpul harta benda sampai tak habis dimakan tujuh keturunan.

2. Mengendalikan nafsu amarah yang ada dalam diri sendiri juga tidak kurang pentingnya. Namun, yang lebih penting adalah menghadapi amarah dan kezaliman orang lain. Oleh sebab itu, berusaha sabar dalam menghadapi kemarahan dan kezaliman orang lain.

Cara yang paling baik dalam hal ini ialah berusaha sabar dan berlapang dada, suka memaafkan dan bermurah hati. Sesungguhnya ada tiga akhlak yang sangat terpuji dan harus engkau miliki. Yaitu, memaafkan kezaliman orang lain, bermurah hati terhadap orang yang bakhil dan menolong orang yang menyalahi peribadimu.

Betapa pentingnya menahan rasa dendam dan amarah. Marah itu adalah nafsu dan nafsu itu dimasuki syaitan, sehingga akibat dari kemarahan selalu buruk dan merugikan. Oleh karena itu, jika suatu ketika engkau menjumpai seseorang dan marah dengan zalim, maka janganlah engkau balas dengan kemarahan pula. Api tak boleh dilawan dengan api. Jika engkau lawan dengan kemarahan pula, maka petaka yang terjadi, api nafsu semakin berkobar. Walaupun engkau perlakukan dengan zalim dan dengan kemarahannya, maka untuk sementara waktu engkau hadapi dengan tenang.

3. Manusia selalu diingatkan agar tidak terjerumus akan kesenangan duniawi, karena hal itu akan mendorong nafsu menjadi liar. Kesenangan duniawi itu racun pembunuh yang mengalir dalam urat. Ke luar dari hati, ketakutan, kegundahan, ingat kepada mati dan huru-hara di hari kiamat. Inilah yang dinamakan hati mati.

Syaitan selalu menggoda setiap manusia setiap masa dan ketika. Ini sesuai dengan janjinya di hadapan Allah, ketika Iblis keluar dari Surga.

Syaitan itu pandai, diwarnainya dunia ini dengan harta, kuasa dan wanita. Dengan cara apa pun dilakukan orang mengejar kuasa. Orang berlumba mengejar kuasa, tanpa memeperdulikan kaedah yang di ajarkan agama, apalagi norma-norma pekerjaan yang sebenarnya.

Setelah menduduki kuasa, seseorang akan mudah memperoleh kekayaan. Dengan wang dan kekayaan itu seseorang pun akan mudah hidup bersenang-senang dengan perempuan yang bisa "dibelinya".

Bagi orang yang lemah iman dan akalnya dapat dikalahkan dengan nafsu, meskipun ilmunya banyak dan ia sebagai ulama, tetap saja hatinya sibuk memikirkan harta duniawi. Dan -- maaf saja -- dengan menjual syariat, menjual ayat-ayat Al Quran lalu memutar-balikkan kebenaran dilakukannya demi harta dan kenikmatan duniawi.

4. Imam Al-Gazhali mengingatkan bahwa syaitan menggoda manusia di dunia ini melalui seribu cara. Dan yang paling berbahaya ialah harta dan wanita. Setan telah memasang perangkap godaannya melalui harta dan wanita. Tidak sedikit manusia yang hancur kehidupannya hanya karena memburu harta dan gagal. Banyak orang yang rosak hidupnya hanya karena mencari kesenangan dan memburu wanita.

Dalam ajaran Islam, nafsu itu bukan untuk dibunuh, melainkan untuk dijaga dan di kawal.

1 . Banyakkan berpuasa
2. Jangan melihat sesuatu yang boleh menaikkan nafsu
3. Amlakan sifat sabar dan berlapang dada,
4. Jangan berada di tempat atau situasi yang boleh membantu nafsu
5. Jangan lah makan terlalu kenyang
6. Lakukanlah amalan kebajikan seperti sedekah jariah serta belajar ilmu agama.
7 Lakukan sesuatu denagan ikhlas dan dengan bacaan Bismillah

Artikel dr - cahayamukmin.blogspot.com

TENTANG HAID

Asal-usul haid dalam agama

Haid satu istilah yang menimbulkan pelbagai persoalan dan perbicaraan. Haid berlaku hampir ekslusif oleh spesis homo-sapiens khususnya manusia. Sebilangan kecil haiwan lain mengalami haid iaitu monyet-monyet besar dan juga ikan paus. Kenapa Allah menghendaki kaum Hawa mengalami haid? Bilakah wanita mengalami gejala haid? Untuk mendapat jawapan untuk persoalan ini kita perlu melihat sejarah agama-agama Allah khususnya Islam dan Kristian. Menurut riwayat yang diberi terdapat fakta-fakta yang boleh digarap tentang asal-usul haid. Namun kita perlu berhati-hati tentang yang mana satu fakta serta yang mana satu hanya rekaan manusia. Riwayat Kristian memberi gambaran tentang haid dan begitu juga riwayat Islam. Mari kita lihat persamaan serta perbezaan mereka. Pada permulaannya Allah menciptakan Hawa di syurga Hawa masih suci, bersih dan tidak mengalami fenomena haid. Syurga merupakan tempat yang indah dan bersih dari kekotoran. Namun keadaan berubah apabila dua orang yang pertama dicipta Allah s.w.t. Adam a.s. dan Hawa dilarang oleh Allah untuk memakan buah khuldi atau 'the forbidden fruit'.

Pandangan Kristian

Menurut kitab injil Genesis versi King James dalam the Fall of Man, sewaktu berada di syurga (yang dikenali sebagai garden of eden) Adam dan Hawa bebas berkeliaran dan menikmati keseronokan di syurga. Namun tuhan telah mengenakan satu sahaja larangan iaitu melarang mereka dari memakan buah dari pohon ilmu pengetahuan atau 'tree of knowledge'. Menurut orang Kristian terdapat seekor ular yang besar yang dipanggil 'the serpeant' duduk di situ dan ia merupakan jelmaan syaitan di syurga. Setiap hari ia menghasut Hawa untuk memakan buah itu. Hawa yang terpengaruh memakan buah itu dan seterusnya memujuk dan menghasut nabi Adam a.s. untuk memakan buah dari pohon tersebut. Hasilnya mereka berdua memakan buah larangan itu dan lantas menjadi arif tentang keadaan telanjang mereka dan timbul rasa malu dengan keadaan mereka itu. Mereka mengambil daun untuk menutup malu mereka. Apabila Tuhan mendapat tahu Adam dan Hawa telah melanggar perintah , tuhan lantas terus murka dan mengenakan sumpahan.
Hawa disumpah dengan haid

Dikatakan haid berlaku ketika itu kerana tuhan telah menyumpah Hawa dengan haid, kehamilan dan beban menanggung anak lantaran dosa kerana menghasut nabi Adam untuk memakan buah dari pohon ilmu pengetahuan. Setelah itu mereka dibuang ke muka bumi. Maka lahirlah konsep 'Original Sin' di mana setiap bayi dilahirkan berdosa. Mereka menanggung dosa moyang mereka ini yang dilakukan sewaktu di syurga. Kaum Hawa dianggap sebagai punca segala kejahatan atau 'The root of all evil' kerana menghasut nabi Adam a.s.

Pandangan Islam

Al-Quran diturunkan untuk membetulkan penyelewengan yang dilakukan oleh paderi-paderi kristian Rom dalam sejarah nabi-nabi. Haid seolah-olah dibayangkan sebagai sesuatu yang malang dan hina. Wanita digambarkan sebagai teman syaitan. Namun menurut riwayat dalam Islam ceritanya ada yang berunsur hampir sama tetapi terdapat beberapa perbezaan asas mengenai konsep original sin serta siapa yang menghasut mereka berdua serta juga ia menyangkal dakwaan bahawa haid merupakan sumpahan Allah kepada kaum Hawa. Menurut riwayatnya di dalam Al-Quran [1]nabi Adam a.s. serta Hawa hidup di syurga dahulu. Mereka berpakaian elok dan cantik. Allah membenarkan nabi Adam a.s. dan Hawa bebas berkeliaran tetapi hanya melarang mereka memakan buah khuldi di pohon larangan sahaja dan memperingati mereka bahawa iblis merupakan musuh mereka yang nyata dan supaya mereka jangan mendengar hasutan mereka. Sebelum itu iblis yang dengki dengan kedudukan tinggi yang diberikan nabi Adam a.s., setiap hari menghasut mereka untuk memakan dari pohon larangan itu. Kononnya jika mereka memakan buah itu mereka akan menjadi malaikat dan juga boleh kekal di dalam syurga. Nabi Adam a.s. dan Hawa berdua masing-masing akhirnya terpengaruh dan apabila mereka memakan buah khuldi itu terus mereka berkeadaan bertelanjangan sehingga mereka lari bertempiaran mengutip dedaunan dari pohon-pohon di syurga lantaran merasa malu yang teramat sangat. Apabila Allah mengetahui tentang ini Allah murka kerana nabi Adam dan Hawa melanggar perintahnya dan berjumpa dengan mereka. Mereka berdua sangat sedih dan segera memohon maaf dan bertaubat pada Allah. Dari peristiwa itu Allah s.w.t telah melantik nabi Adam a.s. sebagai khalifah ke muka dan menyuruh nabi Adam a.s. dan Hawa duduk di bumi sehinggalah ke satu masa yang ditetapkan mereka akan dibicarakan menurut amalan yang mereka lakukan.

Hikmah kejadian haid

Menurut riwayat seterusnya oleh para al-anbiya dikatakan Allah mengenakan haid kepada Hawa. Hawa tidak dihukum dengan haid dan dibebankan melahirkan anak kerana dosanya memakan buah itu seperti diselewengkan paderi kristian. Di sebaliknya Hawa diberi haid untuk menerima tanggungjawab besar sesuai dengan peranannya sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya di bumi kelak. Allah sudah mengkhususkan tanggungjawab ibu kepada kaum Hawa maka pendarahan haid yang berlaku selepas memakan pohon larangan merupakan satu persediaan proses fisiologi biologi wanita sebagai ibu di bumi kelak. Lebih tepat lagi haid bersifat memberi Kifaraah iaitu meluruhkan dosa-dosa kaum Hawa jika dia pernah melakukan dosa di masa-masa yang lalu. Islam senantiasa mengasihi umatnya dan setiap keuzuran atau kesakitan yang ditimpakan kepada umatnya yang diterima dengan hati yang redha akan menyebabkan dosa mereka yang lampau luruh dan digantikan dengan pahala. Haid bukan satu sumpahan tetapi merupakan rahmat Allah untuk kaum Hawa. Yang jelas di dalam Al-Quran gejala haid disebut sekali sahaja iaitu berhubungan dengan hukum fiqah yang berkaitan dengannya dan tiada sebutan tentang sumpahan Allah s.w.t. Penjelasan ini sesuai diterima oleh akal serta fitrah kepada logik dan kejadian sains. Haid disebut di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 222

:وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُواْ النِّسَاء فِي الْمَحِيضِ وَلاَ تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىَ يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ


"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) haid. Katakanlah ia menjijikkan dan mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datanglah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." Islam membetulkan penyelewengan terhadap kaum wanita. Hawa tidak menghasut nabi Adam a.s. di syurga dan haid tidak disebut di dalam Al-Quran sebagai sumpah untuk kaum wanita. Di sebaliknya syaitanlah yang menghasut mereka berdua untuk melakukan dosa. Nabi Adam berdosa kerana dia sendiri tertipu oleh hasutan iblis

. فَدَلاَّهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْءَاتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَا إِنَّ الشَّيْطَآنَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ"

Lalu ia menjatuhkan keduanya dengan segala tipu-daya. Setelah keduanya merasai (buah) pohon itu maka:terbukalah bagi keduanya kemaluannya, sehingga keduanya menutupi dengan daun pohon syurga. Kemudian Tuhan menyeru keduanya: Apa tiadakah Kularang kamu menghampiri pohon itu dan Kukatakan kepadamu bahwa syetan itu musuh yang nyata bagimu?"[2]


Jika dilihat dosa original sin tidak wujud di dalam agama Islam. Setiap bayi dilahirkan fitrah dan bersih dari dosa-dosa. Anak-anak yang lahir tidak mewarisi dosa nenek moyang mereka. Hujah ini sukar diterima lojik iaitu seorang insan menanggung dosa orang lain. Malahan Al-Quran memusnahkan konsep ini kerana dalam kisah Adam dan Hawa mereka masing-masing bertanggungjawab menanggung dosa mereka sendiri lantaran melanggar perintah Allah memakan buah larangan di syurga lantaran dihasut Syaitan. Hikmah kejadian ini ialah ia membawa kepada manusia diturunkan ke muka bumi untuk diuji keimanan mereka samada mereka layak duduk di syurga selepas hari Kiamat kelak. Haid merupakan satu keadaan fitrah wanita sesuai dengan peranannya sebagai kaum ibu sahaja. Allah memkhususkan tugas keibuan terletak di bahu kaum Hawa dan ini tidak pernah dapat lari dari realiti kehidupan kita setiap hari walau macam mana moden manusia berubah mengikut masa. Hikmah kejadian haid menurut kajian sains Menurut Harvard Gazette 1 October 1998, haid adalah satu cara wanita boleh hidup lebih lama terutama berbanding dengan orang lelaki. Manusia adalah spesis yang memerlukan pergantungan yang lama pada ibunya berbanding makhluk-makhluk lain. Ini kerana kehamilan menyebabkan pelbagai kesulitan kesihatan yang boleh meragut nyawa siibu. Apabila wanita putus haid, fungsi untuk beranak pupus dan mematikan kemungkinan wanita itu meninggal di usia yang awal lantaran kerana beranak terlalu ramai. Apabila wanita mengalami putus haid, mereka secara tidak langsung dapat hidup lebih lama lantas mampu menjaga anak-anak mereka lebih lama berbanding mamalia lain.


[1] Al-Quran surah Al-a'raaf 7:19-25

[2] Tafsir Quran Karim, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus Surah Al- A'raaf 7:22

Artikel dari - www.hamidarshat.com

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.

Islam - Ingat Mengingati
salam semua....
Bismillahirahmaniraheem..


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Article Dari : iluvislam

Wednesday, June 23, 2010

FAEDAH MENUNDUKKAN PANDANGAN

Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.

2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan marifat kepada Allah s.w.t. serta hokum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.

8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dan fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.