Thursday, September 30, 2010

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.
Bayangkan jika semua disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?
Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?


kredit ~ iluvislam.com ( EDITOR: KASIHSAYANG )

Tuesday, September 7, 2010

Seminggu Berlalu...

assalmualaikum semua.
sy harapkan semua sht dan dalm rahmat Allah SWT sentiasa.
bersyukur kehadrat ilahi krn diberi kesempatan utk bernafas dibumi allah yg tercinta ini. Alhamdulilla sdh msk ari seminggu sy berada di rumah bersama keluarga tercinta bergmbra, bersahur dan berbuka bersama.kerindu pd mak dan ayh serta adik beradik yg lain hanya allah shj yg mengetahuinya..
maaf krn sdh lama tidak update blog.agk sibuk skrg. di rumah waktu siang tak dapt nk online.tlg mak jg baby danial. mlm je ms nya utk sy stdy dan tgk email..krinduan sy pd danial juga terubat apabila melihat telatahnya..smkn byk perkataan yg disebutnya..terhibur hati melihtnya..seolah seperti anak sendiri.saat pertama kali berjumpa dgn dia..sy terasa gementar nk pegang dia.takut2 dia tak ingt sy lg..almaklum la da lma xjumpe dia...alhamdulilla..ingtn nya msh kuat utk mengingati siapa sy.pd mulanya dia jua takut utk mendekati sy...kata2 pertama yg dia keluarkan dr mulut dia adalah sebutan nama sy..mgkin dia terkejt apabila melihat sy..sjk sy menjg dia, dia btl2 manja.dgn org lain jd mcm smbg ckt..mgkin dia jua rndukan sy..buah tgn sy kali ini utk dia adalah kopiah berwarna hijau cair.dia serasi bila pertama kali memakainya.subahanallah sejuk hati sy meliht dia pakai kopiah.waluapun dia msh kecil ttp jauh di sudut hati sy mdoakan agar dia menjd seorang yang berilmu agama.wahai Tuhan ku..perkenankan lah doa hambamu ini..hanya pdmu ku bermohon..

Begitu cpt ms berlalu. sdh hari ke 28 umat islam berpuasa. terasa blm byk amaln yg dapt dikumpulkan pd bulan yang barakah ini.terasa terlalu jauhnya dengan tuhan..
Ya Allah.. jgn biarkan driku sendirian tnpa petunjukmu..terasa rindukan sesuatu..
namun..tak mmpu utk melakukan nya..btapa kuatnya nfsu mengawal dri ini..Lemahnya dri melwan semua ini..jgn kau biarkan driku tergelincir ya allah..walaupun sesaat..Bimbinglah hambamu ini sehingga ke akhir hayat ku...amin.

smpai di coretan sy..maafkan slh silap sy.jg dri semua..

di sini sy tinggalkan coretan kiriman seorng sahabat khas buat semua..

"Ya Allah, jdlh insan ini, tidak hanya mulia di dunia..
tetapi kurniakanlah jua pdnya kemuliaan diakhirat sana..
Jglah hatinya..
Peliharalah imannya..
tegukanlah taqwanya..
Agar sentiasa tenang jiwanya..
Mendamba keredhaan serta cintaMu..
Amin Ya Allah.."
Moga segala kebaikan sentiasa memenuhi segenap ruang kehidupan.Amin..

wsalam...