Friday, January 29, 2010

YA Allah...Kuatkan HAti Hambamu ini...

salam...
Mlm nie sy nk kuar g Cafe. Wat assgn. group. sbjk Titas.Harap nya semua berjalan lncr...dn dpt siapkan...da xsggp nk smpn lama2 assg nie.
hari nie ade stu perasaan yg hadir dalam dri sy. Yg xkan mgkn org lain tahu. Ya Allah, kuatkan la hati hamba mu yg lemah ini utk trs berjuang djalan mu...dmi mdptkan keredhaan mu Ya Rabb..Amin...
salam.

Kata-kata Nasihat Dari Ibnu Qayyim.

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah s.w.t.

3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah s.w.t.

4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya.

6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali dengan menanamkan kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.

Dikejauhan ini...

salam....
skang sya kat bilik, kat hostel..tgh wat slide utk group assgn,COA.Tajuk yg kitorg dpt "SEMICONDUCTOR"..smbl wat kje nie boring lak..tu yg tulis kat blog nie...
sbnrnya sy rindukan ayah sy..da lama sy xckp dgn die.sepnjg blik U nie br sekali sy dpt bborak dgn die. Itu pn ms die sy xbrape sht... Bkn sy xcntct family... cume xberckp je dgn ayah sy. Diorg pn ade cntct sy..sy doakan moga mak ayah sy dalam keadaan sht walafiat.Doaku sntiasa mengirimu...Amin
Salam.

Thursday, January 28, 2010

Kesempatan yg Ada....

Salam...
alhamdulilla, di kesmpatan yg ade nie sy nk tulis kat blog... sb jap g nk g wat assg group COA...spjg mmgu nie mcm2 perkara yg da sy lalui...suka n duka... sgalanya ujian dr Allah S.w.t. alhamdulilla sy dpt tmpuhinya walaupun agak sukar. Td sy anta assg. programmg..da 2 mggu berturt2 ade assg progrmmg...bley tahan ssh gak...sgalanya menguji kesabaran. smpai nk wat keje lain pn xjadi. Penat jg mmerah otak nie...huhu...ape2 pn sy msti hdpi nya...k la. bye2..
salam.

Tuesday, January 26, 2010

Apa yang kita akan LAKUKAN....

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik
yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi."

Dalam situasi di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda
mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan
buatlah pilihan yang bijak.



PILIHAN 1


Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua
mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu
sahaja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal?
Nauzubillah.


PILIHAN 2

"Oh baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya ALLAH, ampunkanlah
dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. J adik an
aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk
kebahagiaan dunia dan akhirat." Kemudian sambung
kembali 'ibadah senyap'.



PILIHAN 3

Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3 pagi), segera
bangun untuk solat tahajud. Sembahlah ALLAH saat
mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang,
sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang
urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari ALLAH.


Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan ALLAH.
Siapa tahu saat ALLAH takdirkan kita terjaga,
sebenarnya ALLAH menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam
tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa
sebaik terjaga. Malah mintalah dari ALLAH untuk bangkitkan kita
malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan
terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh
kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajud
dapat ditunaikan.

Adab Mendengar Azan...

salam.
da lam rasanya tak tulis kat blog.rindu pula...bkn malas tp xde ms.byk assg yg perlu dlakukan.lumrah study.kalo xde assg, 2 bkn stdnt nama namanya.mmm....
ari ni, sy nak bkgsi article yg dkirimkan oleh seorg sahabat...mari kita sama2 ambil peringatn...

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati.. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin.... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan,

mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian

timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal

yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .

Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Selepas alunan
Azan serata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .

Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka waktu ini,

Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan,

Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan

Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah,

Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik,

Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia .

Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang Speaker suara, akan bergetar lah satu dunia

dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Monday, January 11, 2010

Bagaimana wudhu' zahir dan batin

Salam..
hari nie sy nk kgsi dg semua teman2 ttg article yg sy trma dr seorg sahabat.Moga dpt kita praktikan utk kegunaan seharian dn jua membawa kpd peningkatan ibadah kita kpd Pencipta kita..

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, boleh sampaikan email ini kepada sahabat2 yang lain.
Wallahua'lam.

Sunday, January 10, 2010

Andai Itu Takdirnya....

Salam...
smlm lps maghrib, sy dkjtkan dgn stu kabr brita yg mengatakan bahawa makcik sdara sy(Makwe Jamilah) sblh ayah tlah kmbali ke rahmatullah...Genap seminggu pemergian pakcik sy yg dkasihi kni tlh tba ms nya pemergian makcik sdara sy...dlm ms splh ari msk thn br sdh 3 kbr brita sdh yg sy trma...Kematian yg hadir dlm keluarga kita @ saudara kita itu menunjukkan petanda smkin hampir saat kmatian seseorg...Bagaimana dgn sy...?Bersediakah sy utk mhdpinya...?Ya Allah..Berilah hambamu ini kesempatan dlm mengumpul amal kebaikan dn memohn ampun di atas sgala kslahan dn kesilapan...Amin..
Al-fatihah buat almarhum..semga di dlm golongn hamba2 yg soleh....Amin...
salam..

Friday, January 8, 2010

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan..
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid2 mahupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam..

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat b era ntai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali...FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman

Wednesday, January 6, 2010

Hari-Hariku Bersama Rasulullah...

salam...ini adalah kiriman dr seorg sahabat...mari kita sama2 mendalami ttg Rasulullah s.a.w....

1. "Para anbiya' hidup di dalam kubur mereka, mereka (para nabi) bersembahyang (dalam kubur mereka)." Sabda Baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Yu'la dalam musnadnya daripada Anas serta Imam Ahmad.


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah kepadanya." (Al-Ahzab:Ayat 56)

2. Ketahuilah Baginda s.a.w hidup dalam kuburnya. Berpeganglah dengan pegangan ini. Dan ucaplah salam ke atas Baginda dalam selawat kamu sepertimana salam kamu ke atas orang yang hidup, Baginda tidak mati sepertimana matinya kita di dalam kubur yang mana akan lenyaplah kebesaran dan keagungan kita. Bagaimana tidak? Kerana Baginda merupakan penghulu ‘alam ini dan Rasul bagi Tuhan sekalian alam.

3. Allah telah berselawat ke atas Baginda pada waktu lepas, sekarang dan sentiasa hingga tiada penghujung.

4. Kita tidak mengucapkan salam ke atas mayat Nabi yang mati, bahkan kita mengucapkan salam ke atas Nabi yang pernah bersabda sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud, "Allah akan mengembalikan roh aku lalu aku menjawab ke atasnya (orang yang berselawat ke atasku) akan salamnya".

5. Antara cara kita selawat kepada Rasulullah S.A.W:

~1. Mengucapkan salam dan selawat kepada Rasulullah S.A.W.
~2. Beramal dan menghidupkan sunnah baginda.
~3. Mengikuti dan meneruskan perjuangan baginda menegakkan kalimah Allah di atas
muka bumi.
~4. Melihat sesuatu yang mengingatkan kita kepada Rasulullah S.A.W. lalu tidak lupa utk terus berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda.

6. Ya Rasulullah, kami pemuda-pemuda akan tetap teguh meneruskan perjunganmu di atas muka bumi ini.

7. Tidak akan sekali-kali kami menconteng arang dan memalukan engkau ya Rasulullah, apatah lagi berpaling tadah daripada perjuangan yang mulia ini ya Rasulullah.

8. Ya Rasulullah, doakan kami agar kami terus istiqamah dan thabat berada dalam medan yang telah kami pilih ini.

9. Sesungguhnya sebesar-besar sunnnahmu adalah sunnah menegakkan syari'at Allah di atas muka bumi ini.

Ya Allah, kekalkanlah kami terus menerus berada di atas jalan perjuangan ini sehingga akhir hayat kami..

10. Pemergianmu Ya Rasulullah, ditangisi seluruh alam...


Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek.




Baju tongkat dan barang-barang Rasulullah S.A.W.



Beberapa helai rambut Rasulullah S.A.W.



Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah S.A.W.



Bendera Rasulullah S.A.W.



Busur panah Rasulullah S.A.W.



Cop surat rasmi Rasulullah S.A.W.



Credit for hamba_tarbiyah

Monday, January 4, 2010

Pemergian mu dgn iringan doa....

Salam...
smlm, pak cik sy tlh kmbali ke rahmatullah...sblm beliau mninggal, hampir sbln lebh beliau tiada selera makn...mgkn e2 ptnda nya...namun, sy tdk smpt melihtnya...kali terakhir bjumpa dgn nya adlah pd hari raya thn lps..ble di kenang time rya mmg best.tiap2 raya pak cik sy akn bg duit rya byk.baik da bsr mahupn kecik..walaupn kami skeluarga dtg lmbt pasti duit rya kami dsimpan..sy mmg sdey ble dpt th...namun...sy doa akn pakcik sy dlam golongn org2 yg soleh..Amin..Al-Fatihah utk beliau...
salam

Ulang Tahun Kelahiran.......

Salam...
pd 2/1 adalah hari ulang tahun kelahiran ayah sy yg amat sy sygi...
sy xsmpt nk raikan hari ulang thn nya...krn sdh kmbli msk ke U...Namun, ucapan slmt hari lahir ttp sy smpaikan buat ayh sy...biasa la..sy kol ayah sy...hehe..Dr suara nya sy dpt rs kan yg ayah sy btl2 gmbira...Ayah...Anakmu sntiasa mdoakan kesejahteraan mu...dn sentiasa merindui mu...pengorbanan mu sntiasa anak mu kenang dn hargai...salam

Semangat Baru...

Salam...
Pada 2/1 br2 nie, sy ade mengikuti progrm anjuran fakulti FIT...bmkna smua stdnt Fit tlbt...progrm bmula seawal 8.00 pg dn b'akhir pkl 6.00 ptg...Seawal pg nya kami dbri tazkirah oleh seorg ust dr fakulti FKI...byk penambahan br wat sy...ada jg info y sedia ada sy th... sgala nya sbg ingtn wat sy dn mperkuatakan lg dr kpd agama...
lbh krg pkl seplh lbh..br la kami mendgr motivasi dr seorng abg yg ckp berkalibl dn bsmgt..mmg best.Kami bersama YM RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN(abgraja)..byk cerita yg sy dpt dr penceramah...Kish sush pyh beliau,kjayaan beliau, semangat beliau...kekuatan beliau mhdpi dgaan Allah dn meneruskan perjuangn walaupn pelbagai yg dhadapinya...Walaupun serba kekurangan ttp beliau blh bjya hgga ke hari ini... Mdgr cerita beliau...sy trsa kmbali smgt..

Nie blog abg raja...~abangraja.blogspot.com~

sekian.
salam...

Friday, January 1, 2010

Andai ku tahu....

Salam...
Bru sj msk thun br, sy dkejutkan pemergian seorng teman sprjuangn sy semasa d sek dlu...teringt kmbli zaman perseklhn...byk knangn manis dn paht dtmpuhi...Tp tkdr menentukan sgalanya... Beliau tlh pergi tlbh dhulu...di usia yg muda...ajal maut tidk menunggu kita walau sesaat pun...Ia menyedrkan dn mperingtkan sy lg ttg kematian..
Ya Allah...Mengenai pmergian teman sy itu..sy dpt info dr teman baik sy yg mengatakan di kmalgn mlm semalm di pulau pangkor...slps plg dr bcuti dsana..Allah lbh menyayanginya...sama2 lah kita membaca kan Al-Fatihah buat beliau...Al-Fatihah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dr Allah dn d tmpatkan dlm golgn org yg beriman.....Amin..
Salam...