Friday, April 2, 2010

4 PERKARA YANG PENTING


1. 4 yang lebih baik dari 4


i. Rasa malu pada kaum lelaki adalah baik akan tetapi malu kepadakaum
wanita adalah lebih baik.
ii. Sikap adil bagi setiap orang adalah baik, akan tetapi sikap adil
bagi pemimpin adalah lebih baik.
iii. Taubat orang yang sudah tua adalah baik. Akan tetapi taubat orang
yang masih muda adalah lebih baik.
iv. Mempunyai sifat dermawan bagi orang yang kaya adalah baik, akan
tetapi dermawan bagi yang fakir adalah lebih baik.


2. Empat yang lebih buruk dari empat.



i. Dosa bagi yang yang masih muda adalah buruk, akan tetapi dosa bagi
sudah tua lebih buruk.
ii. Sibuk bagi orang bodoh dengan dunia adalah buruk, akan tetapi sibuk
seorang ulama dengan dunia adalah lebih buruk.
v. Malas untuk melakukan ketaatan bagi semua orang adalah buruk, akan
tetapi malas bagi seorang ulama melakukan ketaatan adalah lebih buruk.
vi. Sombong bagi golongan yang kaya adalah buruk, akan tetapi sombong
bagi golongan yang miskin adalah lebih buruk.



3. Empat perkara yang akan menjadi sempurna kerana Empat perkara.


i. Sempurnanya solat dengan dua sujud sahwi,
ii. Sempurnanya puasa dengan zakat fitrah,
iii. Sempurnanya haji dengan fidyah dan
iv. Sempurnanya iman dan fisalbilillah.


4. Empat macam lautan


i. Lautan hawa adalah lautan dosa. Hawa adalah condong untuk berbuat
dosa.
ii. Lautan nafsu adalah lautan keinginan dan kelazatan. Nafsu adalah
condong memenuhi segala keinginan syahwat yang berakhir dengan kemaksiatan.
iii. Lautan maut adalah lautan umur. Maut adalah tempat berakhirnya
umur.
iv. Lautan kubur adalah lautan kesedihan. Kubur adalah satu tempat
kesedihan, disana kita akan mengalami satu alam yang disebut alam barzakh sementara menunggu hari kiamat

No comments:

Post a Comment