Friday, April 2, 2010

..::10 amalan terbaik tapi terbalik::..

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan
menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan
dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut
dilakukan dan dituntut oleh
Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah
dilalaikan atau terikut-ikut
dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa
yang dipaparkan dibawah
sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang
dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama,
kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang oleh
Rasulullah di mana
Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga
memasak makanan untuk keluarga
simati untuk meringankan kesusahan dan
kesedihan mereka. Keluarga tersebut
telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk
mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makan kenduri
tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan
harta anak yatim yang
ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan
simati yang belum
dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri
kahwin) orang kerap
Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi
semasa bersalam). Kalau
tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka
segan ia nak pergi makan
kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati,
tidak segan pula
Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnyakalau
menziarah keluarga si matilah
kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa
kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan
bukan untuk ia menambah
pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita
berpakaian cantik kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di
rumah maupun di masjid,
pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak
berbaju. Tidakkah ini suatu
perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di
beri jamuan, kita rasa segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan
kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan
dihabiskan apa yang dihidang
supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak
membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi
kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat
banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk
mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu
termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku
bahawa dalam carta perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati
perbelanjaan di bulan puasa
adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan
sepatutnya perbelanjaan di
bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik
amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang
akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari
Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya
ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana
nak bermusafir, maka dibuat
kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita
mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak
mereka gagal dalam periksa.
Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun
banyak belanjanya. Tapi kalau
anak tak boleh baca Quran atau solat, tak
bimbang pula bahkan tak mahu
hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas
mempelajari Islam. Kalau guru
tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu
pelajaran 8 kali hadir tapi
kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00
sebulan 20 kali hadir belajar pun
menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan
kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran
atau bersolat dari tidak
lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira
siang malam, pagi petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi
kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak
hujan, tak panas, tak
ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak
malu manusia begini,
rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan
dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada
dengan suami atau tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di
rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias
untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang
terbalik ini membuatkan
rumahtangga kurang bahagia.

No comments:

Post a Comment