Tuesday, January 26, 2010

Apa yang kita akan LAKUKAN....

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik
yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi."

Dalam situasi di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda
mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan
buatlah pilihan yang bijak.



PILIHAN 1


Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua
mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu
sahaja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal?
Nauzubillah.


PILIHAN 2

"Oh baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya ALLAH, ampunkanlah
dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. J adik an
aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk
kebahagiaan dunia dan akhirat." Kemudian sambung
kembali 'ibadah senyap'.



PILIHAN 3

Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3 pagi), segera
bangun untuk solat tahajud. Sembahlah ALLAH saat
mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang,
sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang
urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari ALLAH.


Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan ALLAH.
Siapa tahu saat ALLAH takdirkan kita terjaga,
sebenarnya ALLAH menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam
tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa
sebaik terjaga. Malah mintalah dari ALLAH untuk bangkitkan kita
malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan
terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh
kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajud
dapat ditunaikan.

No comments:

Post a Comment